Asas ICT dan Komputer

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 08 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu kursus asas ICT dan komputer kepada komuniti setempat. Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seramai tiga orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga ke 35 tahun.

Tujuan kursus asas ICT dan komputer ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi asas – asas komputer kepada peserta. Di samping itu, pelatih juga berkesempatan untuk menguji tahap pengetahuna peserta mengenai komputer dan kegunaannya.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kursus ini ialah peserta dapat menambahkan pengetahuan dengan mengenali fungsi asas komputer dan kegunaannya seperti tetikus dan papan kekunci. Selain itu, peserta juga tahu mengenai komponen – komponen yang terdapat dalam sesebuah komputer seperti motherboard, RAM, processor dan ini secara tidak langsung dapat membantu peserta untuk memilih komputer yang paling terbaik untuk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali